Tuesday, February 1, 2022

SELAMAT TINGGAL DUNIA OIL & GAS


Tarikh Keramat -31 Jan 2022

EPIC OG Dalam Kenangan

Terima kasih di atas setiap inchi kenangan yang telah di sandarkan selama 3 tahun ++ . EPIC OG adalah company pertama yang aku berkhidmat di negeri kelahiran sendiri. Selepas tamat belajar di dalam bidang Kejuruteraan " Diploma in Manufacturing , Tool & Die Design" di UCTATI, dan mendapat tawaran kerja di Kota Metropolitan Kuala Lumpur,pernah aku berkata kepada diriku juga rakan rakan , setelah kita mendapat ilmu di perantauan kita akan balik untuk berkhidmat di negeri kelahiran. 

Alhamdullilah Allah makbulkan apa yang tersirat di dalam hati. Tahun 2000 berhijrah ke kota dan akhirnya pulang ke negeri kelahiran pada tahun 2018.18 tahun mencari pengalaman adalah saat yang menyeronokkan sebab dapat berjumpa dengan ramai orang dan dapat menjalinkan persahabatan tak kira pangkat,darjat dan juga umur.

Ada orang tanya "tak penat ke nak hadap jem bagai"?, "ehh sape kata tak penat , penat yang amat"!!.. namun kepenatan itu lah yang menjadikan aku sekuat ini. " AKU BUKAN WANITA BIASA"

Berbalik kepada EPIC OG, bukan senang untuk bekerja di dalam syarikat GAH di Negeri Terengganu ini, maklumlah EPIC adalah anak syarikat kepada kerajaan negeri Terengganu . Namun rezeki itu semua dari ALLAH , "KUN FA YA KUN" jikalau Allah berkehendak maka jadilah ia. Diterima bekerja di sini 3 Nov 2018 aku amat bersyukur kerana dapat mencurahkan segala ilmu dan pengalaman dari kota ke sini . 

Aku dapat improve department dan integrated department utk ke arah yang lebih baik di bawah tunjuk ajar boss yang baik. Bekerja direct instruction dari COO bukan satu perkara yang mudah , namun hasil nya menjadi pekerja cemerlang tahun 2020. Alhamdullilah , mereka nampak apa yang kita usahakan tapi tak semua orang berfikiran sebegitu. Hanya orang yg pernah bekerja di luar negeri Terengganu sahaja akan faham situasi ini bila mereka balik dan bekerja di negeri sendiri.😊

Maka dengan ini tanggal 31 Jan 2022 melangkah lah saya yang bernama Mas Ayu meninggal kan EPIC OG dengan harapan semoga apa yang ku usahakan selama ini akan di guna pakai kerana itu lah pahala yang akan mengiringiku ke akhirat nanti " Ilmu yang di curahkan"..Insya Allah jika Allah mengizikan , sebab it sebelum kita keluar rumah kita perlu berniat " Sahaja aku pergi kerja /beribadah kerja kerana Allah Taala"

Selamat Tinggal Dunia Oil & Gas


Work Station yang penuh memory


 The best ever and ever bila dapat buat profit , cost saving dan siapkan project awal dari timeline sebenar

 

Terima kasih sahabat atas ingatan


My Procurement Team yang Awesome